..::AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM::..

...:::ASSALAMU'ALAIKUM DAN SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI KAMI...SALAM UKHUWWAH DARI KAMI...SEMOGA SAMA-SAMA BEROLEH MANFAAT:::...

...LAMAN INI TELAH DIKEMASKINIKAN PADA 30 SEPT 2020...

..::MUTIARA KATA::..

Dunia hanyalah tempat persinggahan. Kesenangan yang kita nikmati takkan bertahan lama. Jangan sampai kita terbuai dan menganggap dunia sebagai satu-satunya kehidupan.


Hidup ini begitu singkat, jangan pernah bersikap sombong. Kerana tidak ada yang layak kita sombongi. Sebagai manusia, kita hanyalah makhluk yang berasal dari tanah (bumi) dan akan kembali ke sana jua.


Bersabarlah dalam menerima kegagalan kerana ada keberhasilan besar yang menunggu kita di lain kesempatan.


Thursday 31 March 2016

CARA MEMBINA BLOG SENDIRI


Assalamualaikum wm wbt


CATATAN....
KHAS UNTUK YANG BARU NAK BELAJAR BUAT BLOG, SILA BACA BAIK-BAIK. BAGI YANG DAH ADA BLOG SENDIRI...JANGAN BUANG MASA. HAHAHA.

===================

CARA BINA BLOG SENDIRI

Cara Buat Blog Sendiri Blogspot

Jika anda belum ada akaun Gmail...sila daftar di pautan ini.

====>>>   gmail.com



Dah ada akaun Gmail...jom kita teruskan dengan langkah berikutnya untuk buat blog sendiri menerusi Platform Blogspot.Com

  • Pertama sekali anda perlulah ke Blogger.com ( sila klik ).
  • Apabila login anda sudah berjaya, anda akan dibawa ke paparan Dashboard.
  • Jika anda tidak mempunyai sebarang blog menerusi akaun Google anda, tiada sebarang senarai blog dikeluarkan. Anda akan membaca paparan seperti di atas di mana keluar "Create your blog now". Kemudian, klik butang New Blog yang terletak di bahagian tepi.
  • Paparan seperti ditunjukkan di bawah akan muncul, Masukkan butiran yang dikehendaki iaitu Tajuk dan Url ( alamat ) blog anda. Buat tajuk blog yang mudah nak ingat Elakkan tajuk dan URL blog terlalu panjang dan sukar. 
  • Perkara paling penting sewaktu pertama kali buat blog sendiri adalah alamat blog anda. Anda perlu cari URL atau alamat blog yang mesra alam dan mesra pengunjung dan mudah ingat. Cari alamat blog yang mencerminkan diri anda.
  • Bukan semua alamat anda boleh tulis, kadangkala ada alamat sudah pun dimiliki oleh orang lain, jadi anda perlu cari atau buat alamat blog yang lain.
  • Ok. Apabila sudah mendapat URL atau alamat blog sendiri, maka langkah seterusnya ialah memilih template. Untuk awal-awal ini, saya syorkan anda memilih template yang mudah. Ada banyak pilihan template yang telah disediakan oleh blogspot.com sendiri. Pilih mana-mana yang berkenan di hati. Jangan risau, template anda boleh ubah dan pilih yang lain kemudian. Klik Create blog! untuk ke langkah seterusnya.
  • Walla, dah siap blog anda sendiri. Tak susah kan? Paparan menunjukkan anda sudah pun mempunyai blog sendiri. Tak sampai 5 minit pun anda sudah pandai buat blog sendiri dengan jayanya. Langkah seterusnya ialah anda perlu mula menulis isi kandungan blog anda. Hanya klik Start posting untuk mulakan langkah kedua mempunyai blog sendiri.
  • Jika nak lihat rupa bentuk blog...klik je View Blog.
  • Tips untuk anda hasilkan blog yang bagus - utamakan dahulu isi kandungan. Sebagai permulaan, pastikan anda tulis entri atau post blog anda minima 5 entri. Dah ada 5 entri dengan panjang minima lebih kurang 300 patah perkataan, maka barulah anda godek bab lain dalam bina blog sendiri pula.


IKUTI 3 LANGKAH DI BAWAH !!!


- Cipta atau wujudkan blog sendiri.

- Tulis entri atau post minima 5 entri.
- Pasang Widget blog yang perlu dan penting sahaja.

SEMOGA PERKONGSIAN INI MEMUDAHKAN ANDA UNTUK MEMBINA DAN BUAT BLOG SENDIRI....


SELAMAT MENCUBA !!!

Sunday 27 March 2016

TERJEMAHAN SURAH





DI SINI DIKONGSIKAN SATU WEB UNTUK ANDA MENDAPATKAN TERJEMAHAN AL-QURAN BAHASA MELAYU.

SEMOGA BERMANFAAT UNTUK ANDA...

SILA KLIK URL DI BAWAH.




Saturday 26 March 2016

PERHIMPUNAN MINGGUAN 27 MAC 2016




PERHIMPUNAN MINGGUAN...27 MAC 2016

Alhamdulillah...perhimpunan hari ini telah berjalan dengan baik. Ucapan tahniah dan terima kasih dirakamkan kepada Panitia Bahasa Arab yang mengendalikan perhimpunan hari ini menggunakan Bahasa Arab...

Perhimpunan hari juga diserikan lagi dengan Program Tazkirah yang telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Hazrul Bin Sahak, Pelatih IPG KDRI. Tajuk yang disampaikan adalah mengenai niat utama menuntut ilmu dan kelebihan menunaikan solat.

PPI SKOMT menzahirkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Muhammad Hazrul di atas ceramah beliau yang menarik dan berkesan.


 Ustaz Muhammad Hazrul Bin Sahak



Perhimpunan Mingguan SKOMT



Murid-Murid SKOMT Khusyuk Mendengar



Thursday 24 March 2016

KOLEKSI DOA




KOLEKSI DOA-DOA 

=========================






Doa Mohon Tidak Dihinakan Di Hari Kebangkitan (Do'a Nabi Ibrahim)

وَلاَ تُخْزِنِيْ يَوْمَ يُبْعَثُوْنَ. يَوْمَ لاَ يَنْفَعُ مَالٌ وَلاَ بَنُوْنَ. اِلاَّ مَنْ أَتَى اللهَ بِقَلْبٍ سَلِيْمٍ {الشعرآء : 87 – 89}

Dan janganlah Engkau hinakan Aku pada hari mereka dibangkitkan, (yaitu) di hari harta dan anak-anak laki-laki tidak berguna, kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih, (QS. Asy Syu'araa' [26] : 87-89).

Doa Agar Diampuni Dan Tidak Hina Di Hari Kiamat (Doa Para Wali Allah Dan Solihin)

رَبَّنَآ أِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِيْ لِلإِيْمَانِ اَنْ ءَامِنُوْا بِرَبِّكُمْ فَئَامَنَّاج رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوْبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ اْلأَبْرَارِ. رَبَّنَا وَءَاتِنَا مَا وَعَدْتَّنَا عَلَى رُسُلِكَ وَلاَ تُخْزِنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِقلى اِنَّكَ لاَ تُخْلِفُ الْمِيْعَادَ {آل عمران : 193 – 194}

193.Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar (seruan) yang menyeru kepada iman, (iaitu): "Berimanlah kamu kepada Tuhanmu", maka kamipun beriman. Ya Tuhan kami, ampunilah bagi kami dosa-dosa kami dan hapuskanlah dari kami kesalahan-kesalahan kami, dan wafatkanlah kami beserta orang-orang yang banyak berbakti. 194.Ya Tuhan kami, berilah kami apa yang telah Engkau janjikan kepada kami dengan perantaraan Rasul-rasul Mu. Dan janganlah Engkau hinakan kami di hari kiamat. Sesungguhnya Engkau tidak menyalahi janji." (QS. Ali 'Imran [3] : 193-194)

Doa Agar Dijauhkan Dari Kezaliman Serta Mendapat Pertolongan
Dan Perlindungan Allah (Doa Penduduk Makkah)

رَبَّنَآ اَخْرِجْنَا مِنْ هَذِهِ الْقَرْيَةِ الطَّالِمِ اَهْلُهَا وَاجْعَلْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ وَلِيًّا وَاجْعَلْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ نَصِيْرًا {النساء : 75}

"Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini (Mekah) yang zalim penduduknya dan berilah kami pelindung dari sisi Engkau, dan berilah kami penolong dari sisi Engkau!". (QS. An-Nisaa' [4] : 75)

Doa Agar Dijauhkan Dari Kaum yang zalim (Doa Asyhabul Kahfi)

رَبَّنَا لاَ تَجْعَلْنَا مَعَ الْقَوْمِ الظَّالِمِيْنَ {الأعراف : 47}

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau tempatkan kami bersama-sama orang-orang yang zalim itu".(QS. Al A'raaf [7] : 47)

Doa Diselamatkan Dari Kaum Yang Zalim (Doa Nabi Musa)

رَبِّ نَجِّنِيْ مِنَ الْقَوْمِ الظَّالِمِيْنَ {القصص : 21}

"Ya Tuhanku, selamatkanlah aku dari orang-orang yang zalim itu".(QS.Al Qashash [28] : 21)

Doa Mohon Kebaikan Terutama Rezeki (Doa Nabi Musa)

رَبِّ اِنِّيْ لِمَآ اَنْزَلْتَ اِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيْرٍ {القصص : 24}

"Ya Tuhanku Sesungguhnya Aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan[1118] yang Engkau turunkan kepadaku".(QS. Al Qashash [28] : 24)

Doa Agar Dimudahklan Rezeki (Doa Nabi Isa)

اَللّهُمَّ رَبَّنَآ اَنْزِلْ عَلَيْنَا مَآئِدَةً مِنَ السَّمَآءِ تَكُوْنُ لَنَا عِيْدًا ِلأَوَّلِنَا وَءَاخِرِنَا وَءَايَةً مِنْكَصلىوَارْزُقْنَاوَاَنْتَ خَيْرٌ الرَّازِقِيْنَ {المائدة : 114}

"Ya Allah, ya Tuhan kami turunkanlah kiranya kepada kami suatu hidangan dari langit (yang hari turunnya) akan menjadi hari raya bagi kami iaitu orang-orang yang bersama kami dan yang datang sesudah kami, dan menjadi tanda bagi kekuasaan Engkau; beri rezekilah kami, dan Engkaulah pemberi rezki yang paling Utama".(QS. Al Maa-idah [5] : 114)

Doa Agar Selalu Menghadapkan Diri Kepada Allah (Doa Nabi Ibrahim)

اِنِّيْ وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْضَ حَنِيْفًاصلى وَمَآ اَنَا مِنَ الْمُشْرِكِيْنَ {الأنعام : 79}

Sesungguhnya aku menghadapkan diriku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, dengan cenderung kepada agama yang benar, dan aku bukanlah termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. (QS. Al An'am [6] : 79)

Doa Mohon Menjadi Hamba Yang Ikhlas (Doa Nabi Muhammad)

اِنَّ صَلاَتِيْ وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي ْ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ – لاَ شَرِيْكَ لَهُو وَبِذَالِكَ اُمِرْتُ وَاَنَا اَوَّلُ الْمُسْلِمِيْنَ {الأنعام : 162-163}

Sesungguhnya salatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagi-Nya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)". (QS. Al An'am [6] : 162-163)

Doa Agar Mendapat Taufiq (Doa Nabi Syu'aib)

وَمَا تَوْفِيْقِيْ اِلاَّ بِاللهِج عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَاِلَيْهِ اُنِيْبُ {هود : 16}

Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah. Hanya kepada Allah Aku bertawakkal dan Hanya kepadaNya-lah Aku kembali. (QS. Huud [11] : 88)

Doa Mohon Ampunan Allah (Doa Nabi Musa)

رَبِّ اِنِّيْ ظَلَمْتُ نَفْسِيْ فَاغْفِرْلِيْ فَغَفَرَ لَهُوج اِنَّهُو هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ{القصص : 16}

16. Musa mendoa: "Ya Tuhanku, Sesungguhnya Aku Telah menganiaya diriku sendiri Karena itu ampunilah aku". Maka Allah mengampuninya, Sesungguhnya Allah dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (QS. Al Qashash [28] : 16)

Doa Mohon Ampunan Dan Jauh Dari Sifat Dengki (Doa Muhajirin dan Ansar)

رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَ ِلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِاْلإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِنَا غِلاًّ لِّلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَآ اِنَّكَ رَءُوْفٌ رَّحِيْمٌ {الحشر : 10}

"Ya Rabb kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan sifat dengki dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Rabb kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang." (QS. Al Hasyr [59] : 10)

Doa Mohon Ampunan Dan Rahmat (Doa Nabi Adam Dan Hawa')

رَبَّنَا ظَلَمْنَآ اَنْفُسَنَا وَاِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ {الأعراف : 23}

"Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya pastilah kami termasuk orang-orang yang rugi. (QS. Al A'raaf [7] : 23)

Doa Mohon Ampunan Dan Rahmat (Doa kaum mu'minin)

رَبَّنَآ ءَامَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا وَاَنْتَ خَيْرُ الرَّاحِمِيْنَ {المؤمنون : 109}

Sesungguhnya, ada segolongan dari hamba-hamba-Ku berdoa (di dunia): "Ya Tuhan kami, kami Telah beriman, Maka ampunilah kami dan berilah kami rahmat dan Engkau adalah pemberi rahmat yang paling baik. (QS. Al Mu'minuun [23] : 109)

Doa Mohon Ampunan Dan Rahmat (Doa Nabi Muhammad)

رَبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ وَاَنْتَ خَيْرُ الرَّاحِمِيْنَ {المؤمنون : 118}

Dan Katakanlah: "Ya Tuhanku berilah ampun dan berilah rahmat, dan Engkau adalah pemberi rahmat yang paling baik." (QS. Al Mu'minuun [23] : 118)

Doa Mohon Rahmat Dan Ampunan (Doa Kaum Nabi Musa)

لَئِنْ لَّمْ يَرْحَمْنَا رَبُّنَا وَيَغْفِرْ لَنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ {الأعراف : 149}

"Sungguh jika Tuhan kami tidak memberi rahmat kepada kami dan tidak mengampuni kami, pastilah kami menjadi orang-orang yang merugi." (QS.Al A'raaf [7] : 149)

Doa Mohon Ampunan Dan Rahmat (Doa Nabi Musa)

رَبِّ اغْفِرْلِيْ وَ ِلأَخِيْ وَأَدْخِلْنَا فِيْ رَحْمَتِكَصلى وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِيْنَ{الأعراف : 151}

"Ya Tuhanku, ampunilah aku dan saudaraku dan masukkanlah kami ke dalam rahmat Engkau, dan Engkau adalah Maha Penyayang di antara para penyayang".(QS.Al A'raaf [7] : 151)

Doa Mohon Perlindungan, Ampunan Dan Rahmat (Doa Nabi Nuh)

رَبِّ اِنِّيْ اَعُوْذُبِكَ اَنْ اَسْئَلَكَ مَا لَيْسَ لِيْ بِهِى عِلْمٌصلى وَاِلاَّ تَغْفِرْلِيْ وَتَرْحَمْنِيْ اَكُنْ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ {هود : 47}

Ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari memohon kepada Engkau sesuatu yang aku tiada mengetahui (hakikat)nya. Dan sekiranya Engkau tidak memberi ampun kepadaku, dan (tidak) menaruh belas kasihan kepadaku, niscaya aku akan termasuk orang-orang yang merugi.". (QS.Huud [11] : 47)


Doa Mohon Ampunan, Rahmat Dan Kebaikan Dunia Akhirat (Doa Nabi Musa)

قَالَ رَبِّ لَوْ شِئْتَ اَهْلَكْتَهُمْ مِنْ قَبْلُ وَاِيَّايَ صلى اَتُهْلِكُنَا بِمَا فَعَلَ السُّفَهَآءُ مِنَّآصلى اِنْ هِيَ اِلاَّ فِتْنَتُكَ تُضِلُّ بِهَا مَنْ تَشَآءُ وَتَهْدِيْ مَنْ تَشَآءُصلى اَنْتَ وَلِيُّنَا فَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَاصلى وَاَنْتَ خَيْرُ الْغَافِرِيْنَ – وَاكْتُبْ لَنَا فِيْ هَذِهِ الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِى اْلآخِرَةِ اِنَّا هُدْنَا اِلَيْكَج قَالَ عَذَابِيْ اُصِيْبُ بِهِى مَنْ اَشَآءُ صلى وَرَحْمَتِيْ وَسِعَتْ كُلَّ شَيْءٍ ج فَسَاَكْتُبُهَا لِلَّذِيْنَ يَتَّقُوْنَ وَيُؤْتُوْنَ الزَّكَاةَ وَالَّذِيْنَ هُمْ بِئَايَاتِنَا يُؤْمِنُوْنَ {الأعراف : 155-156}

Musa berkata: "Ya Tuhanku, kalau Engkau kehendaki, tentulah Engkau membinasakan mereka dan aku sebelum ini. Apakah Engkau membinasakan kami kerana perbuatan orang-orang yang kurang akal di antara kami? Itu hanyalah dugaan dari Engkau, Engkau sesatkan dengan cubaan itu siapa yang Engkau kehendaki dan Engkau beri petunjuk kepada siapa yang Engkau kehendaki Engkaulah yang memimpin kami, maka ampunilah kami dan berilah kami rahmat dan Engkaulah pemberi ampun yang sebaik-baiknya". Dan tetapkanlah untuk kami kebajikan di dunia ini dan di akhirat; sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepada Engkau. Allah berfirman: "SiksaKu akan Aku timpakan kepada sesiapa yang Aku kehendaki dan rahmat-Ku meliputi segala sesuatu. Maka akan Aku tetapkan rahmatKu untuk orang-orang yang bertaqwa, yang menunaikan zakat dan orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat kami". QS.Al A'raaf [7] : 155-156)

Doa Agar Mu'minin Diberi Ampunan Dan Selamat Dari Neraka (Doa Para Malaikat)

رَبَّنَا وَسِعَتْ كُلَّ شَيْءٍ رَّحْمَةً وَعِلْمًا فَاغْفِرْ لِلَّذِيْنَ تَابُوْا وَاتَّبَعُوْا سَبِيْلَكَ وَقِهِمْ عَذَابَ الْجَحِيْمِ {المؤمن : 7}

"Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, Maka berilah ampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari siksaan neraka yang menyala-nyala, (QS. Al Mu'min [40] : 7)

Doa Agar Mukminin Dimasukkan Dalam Syurga (Doa Para Malaikat)

رَبَّنَا وَاَدْخِلْهُمْ جَنَّاتِ عَدْنِ نِالَّتِيْ وَعَدْتَّهُمْ وَمَنْ صَلَحَ مِنْ ءَابَآئِهِمْ وَاَزْوَاجِهِمْ وَذُرِّيَّاتِهِمْ ج اِنَّكَ اَنْتَ الْعَزِيْزُ الْحَكِيْمُ {المؤمن : 8}

Ya Tuhan kami, dan masukkanlah mereka ke dalam Syurga 'Adnin yang Telah Engkau janjikan kepada mereka dan orang-orang yang soleh di antara bapa-bapa mereka, dan isteri-isteri mereka, dan keturunan mereka semua. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana, (QS. Al Mu'min [40] : 8)

Doa Agar Mu'minin Dijauhkan Dari Kejahatan (Doa Para Malaikat)

وَقِهِمُ السَّيِّئَاتِ ج وَمَنْ تَقِ السَّيِّئَاتِ يَوْمَئِذٍ فَقَدْ رَحِمْتَهُ ج وَذَالِك هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيْمُ {المؤمن : 9}

Dan peliharalah mereka dari (balasan) kejahatan. dan orang-orang yang Engkau pelihara dari (pembalasan) kejahatan pada hari itu Maka Sesungguhnya Telah Engkau anugerahkan rahmat kepadanya dan Itulah kemenangan yang besar".(QS. Al Mu'min [40] : 9)

Doa Agar Diberi Rahmat Dan Petunjuk (Doa Ash-habul Kahfi)

رَبَّنَآ ءَاتِنَا مِنْ لَّدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ اَمْرِنَا رَشَدًا {الكهف : 10}

(Ingatlah) tatkala para pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)."(QS. Al Kahfi [18] : 10)

Doa Agar Diberi Petunjuk(Doa Nabi Musa)

عَسَىا رَبِّيْ اَنْ يَهْدِيَنِيْ سَوَآءَ السَّبِيْلِ {القصص : 22}

"Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan yang benar". (QS. Al Qashash [28] : 22)

Doa Agar Yakin Bahwa Ilmu Allah Luas Dan Bertawakkal Kepada-Nya (Doa Nabi Syu'ib)

وَسِعَ رَبُّنَا كُلَّ شَيْءٍ عِلْمًا ج عَلَى اللهِ تَوَكَّلْنَا ج رَبَّنَا افْتَحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ قَوْمِنَا بِالْحَقِّ وَاَنْتَ خَيْرُ الْفَاتِحِيْنَ {الأعراف : 89}

Pengetahuan Tuhan kami meliputi segala sesuatu. Kepada Allah sajalah kami bertawakkal. Ya Tuhan kami, berilah keputusan antara kami dan kaum kami dengan hak (adil) dan Engkaulah pemberi keputusan yang sebaik-baiknya. (QS.Al A'raaf [7] : 89)

Doa Bertawakkal Dan Bertaubat Kepada Allah (Doa Nabi Ibrahim)

رَبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَاِلَيْكَ اَنَبْنَا وَاِلَيْكَ الْمَصِيْرُ {الممتحنة : 4}

"Ya Tuhan kami Hanya kepada Engkaulah kami bertawakkal dan Hanya kepada Engkaulah kami bertaubat dan Hanya kepada Engkaulah kami kembali." (QS. Al Mumtahanah [60] : 4)

Doa Mohon Ampun Dan Dijauhkan Dari Fitnah (Doa Nabi Ibrahim)

رَبَّنَا لاَ تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِّلَّذِيْنَ كَفَرُوْا وَاغْفِرْ لَنَا رَبَّنَآصلى اِنَّكَ اَنْتَ الْعَزِيْزُ الْحَكِيْمُ {الممتحنة : 5}

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami (sasaran) fitnah bagi orang-orang kafir. Dan ampunilah kami Ya Tuhan kami. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana".(QS. Al Mumtahanah [60] : 5)

Doa Agar Selalu Bertawakkal Kepada Allah (Doa Orang-Orang Beriman)

قُلْ لَنْ يُصِيْبَنَا اِلاَّ مَا كَتَبَ اللهُ لَنَا هُوَ مَوْلاَنَاج وَعَلَى اللهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُوْنَ {التوبة : 51}

Katakanlah: "Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang Telah ditetapkan Allah untuk kami. Dialah pelindung kami, dan Hanya kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakal." (QS. At-Taubah [9] : 51)

Doa Agar Bertawakkal Dan Jauh Dari Fitnah (Doa Nabi Kaum Musa)

عَلَى اللهِ تَوَكَّلْنَا رَبَّنَا لاَ تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِلْقَوْمِ الظَّالِمِيْنَ- وَنَجِّنَا بِرَحْمَتِكَ مِنَ الْقَوْمِ الْكَافِرِيْنَ {يونس : 85-86}

85.Lalu mereka berkata: "Kepada Allah-lah kami bertawakkal! Ya Tuhan kami; janganlah Engkau jadikan kami sasaran fitnah bagi kaum yang zalim, 86.Dan selamatkanlah kami dengan rahmat Engkau dari (tipu daya) orang-orang yang kafir." (QS. Yunus [10] : 85-86)


Sama-sama kita berdoa dan bermunajat kepada Allah, terutama setiap solat Lima Waktu. Digalakkan juga pada bila waktu yang sesuai dan di situasi dan tempat yang baik dan dibenarkan.



=========================


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Ya Allah,
Rahmatilah kami dengan al-Quran,
Jadikanlah ianya sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat bagi kami.

Ya Allah,
Ingatkanlah apa yang kami lupa daripadanya,
Berikanlah ilmu yang belum kami ketahui mengenainya,
Anugerahkanlah kepada kami untuk membacanya di tengah malam dan penghujung siang.
Jadikanlah ia sebagai hujah bagi kami wahai tuhan seru sekalian alam.

Ya Allah,
Perbaikilah bagi kami agama kami kerana dialah penjaga urusan kami,
Perbaikilah bagi kami dunia kami kerana di dalamnya kami hidup,
Perbaikilah bagi kami akhirat kami kerana ia tempat kembali kami,
Jadikanlah hidupan sebagai tambahan segala kebaikan bagi kami dan
Jadikanlah kematian sebagai kerehatan kami dari segala kejahatan.

Ya Allah,
Jadikanlah sebaik-baik umur kami pada penghabisannya dan
sebaik-baik amal kami adalah penutupnya dan
sebaik-baik hari bagi kami ialah hari berjumpa dengan-MU.

Ya Allah,
Kami memohon kepada Mu kehidupan yang tenteram, kematian yang tenang dan tempat kembali yang tidak menyedihkan dan tidak membuka aib.

Ya Allah,
Kami memohon kepada Mu sebaik-baik permohonan,
sebaik-baik kejayaan, sebaik-baik ilmu,
sebaik-baik amal, sebaik-baik pahala,
sebaik-baik kehidupan, sebaik-baik kematian, 
Beratkanlah timbangan kebaikan kami,
Teguhkanlah keimanan kami, tinggikanlah darjat kami,
Terimalah solat kami.
Kami memohon ketinggian syurgaMu,
Keharusan mendapat rahmatMu dan keteguhan pengampunanMu,
Keselamatan dari segala dosa, kejayaan dari semua kebajikan,
Keuntungan syurga dan keselamatan dari neraka.

Ya Allah,
Perbaikilah akhir hayat kami dalam segala perkara.
Selamatkan kami dari kenistaan hidup di dunia dan siksaan di akhirat.

Ya Allah,
Anugerahkanlah kepada kami ketakutan kepadaMu
yang dapat menghindarkan kami dari berbuat maksiat kepadaMu,
Ketaatan yang dapat menyampaikan kami kepada syurgaMu,
Keyakinan yang dapat memperkecilkan musibah dunia yang menimpa kami,
Berikanlah kenikmatan kepada kami dengan pendengaran, penglihatan dan
kekuatan kami selama hidup kami, jadikanlah ia sebagai peninggalan kami,
Jadikanlah pembalasan kami kepada orang yang menzalimi kami.
Tolonglah kami menghadapi orang yang memusuhi kami.
Janganlah Engkau jadikan dunia sebagai kehendak kami yang paling besar dan
pengetahuan paling akhir bagi kami,
Janganlah Engkau beri kekuasaan atas kami kepada orang yang tidak mengasihi kami.

Ya Allah,
Janganlah Engkau tinggalkan dosa-dosa pada kami
melainkan Engkau telah mengampuninya,
Janganlah Engkau tinggalkan kesusahan kepada kami
melainkan Engkau telah mengembirakannya.
Janganlah Engkau tinggalkan hutang-hutang kepada kami
melainkan Engkau telah menunaikannya dan
Janganlah Engkau tinggalkan sesuatu keperluan dunia dan akhirat pada kami
melainkan Engkau telah menunaikannya.

Aamiin Ya Rabbal Alamiin....



=========================





=========================


=========================


=========================


=========================




=========================


GALERI




ASSALAMUALAIKUM WM WBT...


LAWATAN PENANDA ARAS

( AHAD 24 APRIL 2016 )


PROGRAM LAWATAN PENANDA ARAS WARGA PENDIDIK SKOMT KE SK TAPU (AKADEMIK) DAN SK KOMPLEKS WAKAF TEMBESU (LINUS) PADA HARI AHAD BERTARIKH 24 APRIL 2016. SEMOGA ILMU YANG DIPEROLEHI MAMPU MEMBAWA SKOMT MENCAPAI KECEMERLANGAN... IN SHAA ALLAH. APA YANG PENTING SEMANGAT DAN KOMITMEN GURU SERTA KERJASAMA SEMUA PIHAK DALAM MENCIPTA DAN MENJELMAKAN KEJAYAAN GEMILANG DAN TERBILANG...






BERSAMA MENCAPAI KECEMERLANGAN


===================


MAJLIS PERASMIAN
MINGGU PANITIA & PELANCARAN WEB

( AHAD 10 APRIL 2016 )





















SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN 
JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA :

TUAN GURU BESAR 
SK KOMPLEKS MENGABANG TELIPOT,K.NERUS

GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

GURU PENOLONG KANAN HEM

GURU PENOLONG KANAN KO KURIKULUM

JAWATANKUASA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAN B.ARAB

SEMUA WARGA PENDIDIKAN

SEMUA WARGA SKOMT

PELATIH-PELATIH IPG KDRI BATU RAKIT

PELATIH-PELATIH UNISZA KAMPUS GONG BADAK

MURID-MURID SKOMT

SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG

 DALAM MENJAYAKAN MAJLIS INI.



SYUKRAN JAZILLAH...BARAKALLAHU LAKUM.



===================

PERSEMBAHAN NASYID
SEMPENA LAWATAN KERJA
DELEGASI PERSIDANGAN LEPAI

( AHAD 10 APRIL 2016 )

SEMPENA LAWATAN KERJA DELEGASI PERSIDANGAN LEMBAGA PENASIHAT PENYELARASAN PELAJARAN DAN PENDIDIKAN AGAMA ISLAM ( LEPAI ), SEKOLAH KAMI TELAH DIBERIKAN KEPERCAYAAN UNTUK MEMBUAT PERSEMBAHAN NASYID DI DALAM MAJLIS MAKAN SANTAI DELEGASI TERSEBUT BERTEMPAT DI SK SULATAN SULAIMAN 2, KUALA TERENGGANU. ALHAMDULILLAH KAMI DAPAT MEMBUAT PERSEMBAHAN YANG BAIK DAN MENDAPAT PENGHARGAAN DAN PUJIAN DARI DELEGASI LEPAI TERUTAMANYA PENGERUSI LEPAI,YANG BERBAHAGIA TAN SRI DR MOHD YUSOF NOOR.

TEAM NASYID KAMI JUGA DIMINTA UNTUK MEMBUAT PERSEMBAHAN SEMULA UNTUK DIRAKAMKAN OLEH JAKIM. WALAUPUN DALAM KEKANGAN WAKTU DAN KESIBUKAN TUGASAN, KAMI BERBANGGA DAPAT MEMBERIKAN PERSEMBAHAN YANG MANTAP DAN MEMUASKAN HATI SEMUA DELEGASI LEPAI.

IN SHAA ALLAH...KAMI BAKAL DIJEMPUT LAGI UNTUK MEMBUAT PERSEMBAHAN SEMPENA MESYUARAT KAFA PERINGKAT KEBANGSAAN. SEMOGA KAMI DIBERIKAN KEMUDAHAN DALAM SETIAP URUSAN KERJA BUAT KAMI...

SEKALUNG PENGHARGAAN DAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA DELEGASI LEPAI, YAYASAN ISLAM TERENGGANU, SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JPNT, GURU BESAR SK SULTAN SULAIMAN 2, JURULATIH NASYID KAMI, CIKGU BAHRIN B ISMAIL, GURU-GURU PEMBIMBING, SEMUA JK PPI DAN B.ARAB SKOMT, PELATIH PRAKTIKUM DARI IPG KDRI, USTAZ MOHD AZRIE, USTAZ HAZRUL DAN USTAZ MOHD ADIB SERTA TEAM NASYID KAMI. 












===================

PROGRAM DIKIR ZIKIR
SEMPENA MINGGU PPI & B.ARAB

( ISNIN 11 APRIL 2016 )















===================

AKTIVITI SEMPENA MINGGU PANITIA
PENDIDIKAN ISLAM & B.ARAB 

( SELASA 12 MAC 2016 )


































Terima Kasih Semua....




===================

PROGRAM BESTARI SOLAT
TAHUN 2016











===================

PROGRAM BESTARI SOLAT
TAHUN 2015













===================

SEMPENA PERTANDINGAN NASYID
PKG MENGABANG TELIPOT










===================

MAJLIS PENUTUP IHYA' RAMADHAN DAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2015
















===================

KEM PEMANTAPAN SAHSIAH 2015


SESI TAKLIMAT

SESI CERAMAH BERLANGSUNG

SESI CERAMAH BERLANGSUNG

PENYAMPAIAN CENDERAHATI

AKTIVITI MURID

PERMAINAN HURUF

SOLAT ZOHOR BERJEMAAH

SOLAT ZOHOR BERJEMAAH



===================

FESTIVAL NASYID DAERAH 2015


 PERSIAPAN

KATA-KATA SEMANGAT DARI GB

MOHON RESTU 

PERSEMBAHAN NASYID SKOMT 

TEAM NASYID SKOMT 2015



===================






TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA DAN SEMOGA BEROLEH MANFAAT DARINYA...MAKLUM BALAS DAN SEBARANG PERTANYAAN, SILA EMAIL KEPADA denang69@gmail.com