..::AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM::..

...:::ASSALAMU'ALAIKUM DAN SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI KAMI...SALAM UKHUWWAH DARI KAMI...SEMOGA SAMA-SAMA BEROLEH MANFAAT:::...

...LAMAN INI TELAH DIKEMASKINIKAN PADA 30 SEPT 2020...

..::MUTIARA KATA::..

Dunia hanyalah tempat persinggahan. Kesenangan yang kita nikmati takkan bertahan lama. Jangan sampai kita terbuai dan menganggap dunia sebagai satu-satunya kehidupan.


Hidup ini begitu singkat, jangan pernah bersikap sombong. Kerana tidak ada yang layak kita sombongi. Sebagai manusia, kita hanyalah makhluk yang berasal dari tanah (bumi) dan akan kembali ke sana jua.


Bersabarlah dalam menerima kegagalan kerana ada keberhasilan besar yang menunggu kita di lain kesempatan.


Thursday 31 March 2016

CARA MEMBINA BLOG SENDIRI


Assalamualaikum wm wbt


CATATAN....
KHAS UNTUK YANG BARU NAK BELAJAR BUAT BLOG, SILA BACA BAIK-BAIK. BAGI YANG DAH ADA BLOG SENDIRI...JANGAN BUANG MASA. HAHAHA.

===================

CARA BINA BLOG SENDIRI

Cara Buat Blog Sendiri Blogspot

Jika anda belum ada akaun Gmail...sila daftar di pautan ini.

====>>>   gmail.com



Dah ada akaun Gmail...jom kita teruskan dengan langkah berikutnya untuk buat blog sendiri menerusi Platform Blogspot.Com

  • Pertama sekali anda perlulah ke Blogger.com ( sila klik ).
  • Apabila login anda sudah berjaya, anda akan dibawa ke paparan Dashboard.
  • Jika anda tidak mempunyai sebarang blog menerusi akaun Google anda, tiada sebarang senarai blog dikeluarkan. Anda akan membaca paparan seperti di atas di mana keluar "Create your blog now". Kemudian, klik butang New Blog yang terletak di bahagian tepi.
  • Paparan seperti ditunjukkan di bawah akan muncul, Masukkan butiran yang dikehendaki iaitu Tajuk dan Url ( alamat ) blog anda. Buat tajuk blog yang mudah nak ingat Elakkan tajuk dan URL blog terlalu panjang dan sukar. 
  • Perkara paling penting sewaktu pertama kali buat blog sendiri adalah alamat blog anda. Anda perlu cari URL atau alamat blog yang mesra alam dan mesra pengunjung dan mudah ingat. Cari alamat blog yang mencerminkan diri anda.
  • Bukan semua alamat anda boleh tulis, kadangkala ada alamat sudah pun dimiliki oleh orang lain, jadi anda perlu cari atau buat alamat blog yang lain.
  • Ok. Apabila sudah mendapat URL atau alamat blog sendiri, maka langkah seterusnya ialah memilih template. Untuk awal-awal ini, saya syorkan anda memilih template yang mudah. Ada banyak pilihan template yang telah disediakan oleh blogspot.com sendiri. Pilih mana-mana yang berkenan di hati. Jangan risau, template anda boleh ubah dan pilih yang lain kemudian. Klik Create blog! untuk ke langkah seterusnya.
  • Walla, dah siap blog anda sendiri. Tak susah kan? Paparan menunjukkan anda sudah pun mempunyai blog sendiri. Tak sampai 5 minit pun anda sudah pandai buat blog sendiri dengan jayanya. Langkah seterusnya ialah anda perlu mula menulis isi kandungan blog anda. Hanya klik Start posting untuk mulakan langkah kedua mempunyai blog sendiri.
  • Jika nak lihat rupa bentuk blog...klik je View Blog.
  • Tips untuk anda hasilkan blog yang bagus - utamakan dahulu isi kandungan. Sebagai permulaan, pastikan anda tulis entri atau post blog anda minima 5 entri. Dah ada 5 entri dengan panjang minima lebih kurang 300 patah perkataan, maka barulah anda godek bab lain dalam bina blog sendiri pula.


IKUTI 3 LANGKAH DI BAWAH !!!


- Cipta atau wujudkan blog sendiri.

- Tulis entri atau post minima 5 entri.
- Pasang Widget blog yang perlu dan penting sahaja.

SEMOGA PERKONGSIAN INI MEMUDAHKAN ANDA UNTUK MEMBINA DAN BUAT BLOG SENDIRI....


SELAMAT MENCUBA !!!

No comments:

Post a Comment

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA DAN SEMOGA BEROLEH MANFAAT DARINYA...MAKLUM BALAS DAN SEBARANG PERTANYAAN, SILA EMAIL KEPADA denang69@gmail.com