..::AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM::..

...:::ASSALAMU'ALAIKUM DAN SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI KAMI...SALAM UKHUWWAH DARI KAMI...SEMOGA SAMA-SAMA BEROLEH MANFAAT:::...

...LAMAN INI TELAH DIKEMASKINIKAN PADA 30 SEPT 2020...

..::MUTIARA KATA::..

Dunia hanyalah tempat persinggahan. Kesenangan yang kita nikmati takkan bertahan lama. Jangan sampai kita terbuai dan menganggap dunia sebagai satu-satunya kehidupan.


Hidup ini begitu singkat, jangan pernah bersikap sombong. Kerana tidak ada yang layak kita sombongi. Sebagai manusia, kita hanyalah makhluk yang berasal dari tanah (bumi) dan akan kembali ke sana jua.


Bersabarlah dalam menerima kegagalan kerana ada keberhasilan besar yang menunggu kita di lain kesempatan.


Friday 1 April 2016

PERMOHONAN egTUKAR GURU


Assalamualaikum wm wbt...


MAKLUMAN DAN PERHATIAN :

Sistem pengurusan guru (EGtukar) bagi modul pertukaran guru sesi Jun 2016 di seluruh negeri Malaysia kini dibuka kepada capaian permohonan untuk guru-guru yang mahu membuat pertukaran ke negeri atau daerah pilihan.

Sistem Aplikasi Modul e-GTukar akan dibuka mulai 1 April hingga 25 April 2016 dan untuk maklumat lanjut sila rujuk kepada Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah Dan Dalam Daerah Sesi Jun 2016.

Permohonan pertukaran guru yang terlibat bagi sesi Jun 2016 Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah Dan Dalam Daerah adalah untuk pegawai perkhidmatan pendidikan gred seperti berikut :

Gred Pegawai Perkhidmatan Pendidikan:
GRED DG29, DG32 (KUP TIME-BASED), DG34 (KUP TIME-BASED), DG38 (KUP TIME-BASED), DG41, DG42, DG44 (KUP TIME-BASED), DG48 (KUP TIME-BASED), DG52 (KUP TIME-BASED) DAN DG54 (KUP TIME-BASED)

Tarikh Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah Dan Dalam Daerah Sesi Jun 2016 Dibuka:

Sistem permohonan online (Modul e-GTukar) dibuka mulai 1 April 2016

Sistem permohonan online (Modul e-GTukar) ditutup pada 25 April 2016

Info Permohonan Egtukar Guru Sesi Jun 2016

Permohonan pertukaran guru bagi sesi Jun 2016 boleh dibuat secara atas talian (online) dengan menggunakan sistem modul berkenaan di pautan ini >>> https://epgo.moe.gov.my mulai tarikh yang telah dinyatakan.

Bagi yang pertama kali menggunakan sistem pertukaran guru secara online perlu mendaftar terlebih dahulu (Sign Up) menerusi judul pautanDapatkan ID Pengguna Dan Kata Laluan bagi membolehkan sistem tersebut dapat diakses sepenuhnya


Pemohon perlu menggunakan sistem lampu isyarat bagi mendapatkan maklumat kekosongan jawatan dan Opsyen di negeri pilihan menerusi judul pautan Semakan Kekosongan Jawatan Dan Opsyen Terkini sebelum membuat sebarang pengesahan permohonan.

Sistem lampu isyarat itu adalah sebagai petunjuk. Sekiranya lampu isyarat itu berwarna hijau ia menunjukkan terdapat kekosongan perjawatan dan sebaliknya, seandainya berwarna merah.

Untuk makluman, permohonan hanya akan dilayan sekiranya ada kekosongan mengikut opsyen dan antara sebab permohonan tidak dilayan adalah kerana tiada kekosongan di tempat yang dipohon, jadi manfaatkan sistem lampu isyarat tersebut supaya permohonan bertepatan dengan kekosongan yang ada.

Bermula bulan Jun tahun lalu (2015) keputusan pertukaran guru antara negeri dibuat dengan menggunakan sistem lampu isyarat tersebut.

Bersandarkan sistem itu, keputusan permohonan guru untuk bertukar ke negeri-negeri pilihan mereka dibuat berdasarkan satu kekosongan bagi satu opsyen.


Pautan Sumber: mysumber.com

No comments:

Post a Comment

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA DAN SEMOGA BEROLEH MANFAAT DARINYA...MAKLUM BALAS DAN SEBARANG PERTANYAAN, SILA EMAIL KEPADA denang69@gmail.com