..::AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM::..

...:::ASSALAMU'ALAIKUM DAN SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI KAMI...SALAM UKHUWWAH DARI KAMI...SEMOGA SAMA-SAMA BEROLEH MANFAAT:::...

...LAMAN INI TELAH DIKEMASKINIKAN PADA 30 SEPT 2020...

..::MUTIARA KATA::..

Dunia hanyalah tempat persinggahan. Kesenangan yang kita nikmati takkan bertahan lama. Jangan sampai kita terbuai dan menganggap dunia sebagai satu-satunya kehidupan.


Hidup ini begitu singkat, jangan pernah bersikap sombong. Kerana tidak ada yang layak kita sombongi. Sebagai manusia, kita hanyalah makhluk yang berasal dari tanah (bumi) dan akan kembali ke sana jua.


Bersabarlah dalam menerima kegagalan kerana ada keberhasilan besar yang menunggu kita di lain kesempatan.


Sunday 3 April 2016

PERANAN AL-QUR'AN

Assalamualaikum wm wbt…

Majoriti umat Islam menghormati al-Qur’an sebagai sebuah kitab suci. Akan tetapi sayang sekali boleh dikatakan bahawa penghormatan kepada al-Qur’an adalah sesuatu yang dilakukan tanpa menelaah kandungannya, jauh sekali daripada mempraktikkannya. Sejak kecil kita diajar untuk menghormati al-Qur’an semata-mata kerana ia adalah al-Qur’an, bukan kerana pengetahuan tentang apakah al-Qur’an dan peranannya kepada kita sebagai seorang Islam. Sekali-sekala kita mempraktikkan al-Qur’an, namun yang dipraktikkan bukanlah ajarannya tetapi ayat-ayatnya yang diperalatkan untuk tujuan tertentu seperti hiasan dalam rumah, menghalau gangguan makhluk ghaib, melariskan jualan, menyembuhkan penyakit, lulus peperiksaan, memagari rumah dan pelbagai lagi.

Apa peranan SEBENAR al-Qur’an ?

1. Al-Qur’an adalah petunjuk kepada orang bertaqwa

2. Al-Qur’an adalah cahaya yang menerangi

3. Al-Qur’an adalah pembeza antara yang benar dan salah

4. Al-Qur’an adalah “Roh” yang memberi kehidupan

5. Al-Qur’an adalah kunci kemuliaan

6. Al-Qur’an memperkenalkan kita kepada Allah

Sememangnya tidak salah untuk menghormati al-Qur’an kerana ia adalah al-Qur’an tetapi jika penghormatan ini didasarkan kepada sikap menelaah dan mempraktikkan kandungannya, ia akan lebih bermakna dan bermanfaat untuk kita semua. Lebih dari itu, dengan menelaah dan mempraktikkan kandungan al-Qur’an, kita sebenarnya mencapai tujuan asal al-Qur’an diturunkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Para ilmuan telah menggariskan bahawa yang dituntut ke atas kita terhadap al-Qur’an adalah:

1. Beriman kepadanya.
2. Membacanya dengan disiplin tajwid sekadar mampu.
3. Menelaahnya,yakni memerhati dan mengkaji kandungannya.
4. Mempraktikkannya dalam segala liku kehidupan.
5. Menyampaikannya untuk tujuan dakwah atau menegakkan hujah.
6. Membelanya daripada tuduhan orientalis dan penyelewengan.

Daripada enam tuntutan ini, empat yang pertama dituntut ke atas semua umat Islam. Apabila seseorang itu telah menguasai empat yang pertama, maka dituntut ke atasnya dua yang selebihnya. Sehingga kini boleh dikatakan bahawa majoriti umat Islam telah menunaikan dua tuntutan yang pertama. Kita beriman kepada al-Qur’an dan belajar cara membacanya berdasarkan disiplin tajwid yang betul. Akan tetapi, kita masih jauh daripada menelaah kandungan al-Qur’an, apatah lagi mempraktikkannya.


Wallahu A’lam…

No comments:

Post a Comment

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA DAN SEMOGA BEROLEH MANFAAT DARINYA...MAKLUM BALAS DAN SEBARANG PERTANYAAN, SILA EMAIL KEPADA denang69@gmail.com